Monday, October 13, 2014

Jenis - jenis rangkaian

LAN



MAN



WAN




 Jenis – jenis Rangkaian
Rangkaian komputer dapat dikategorikan kepada 3 jenis  yang asas iaitu:
v  Rangkaian Kawasan setempat (Local Area Network – LAN)
v  Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
v  Rangkaian Kawasan Luas (Wide area Network – WAN)

 Definisi dan ciri – ciri rangkaian komputer
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)
Rangkaian jenis LAN terhad kepada batasan geografi yang terhad sahaja contohnya jenis rangkaian ini hanya meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. LAN dimilik , diguna dan ditadbir oleh organisasi persendirian. Fungsi asas LAN adalah untuk berkongsi sumber – sumber dan bertukar – tukar maklumat untuk sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad. Sumber – sumber yang dikongsi termasuklah perkakasan seperti pencetak, pengimbas, perisian atau data.
Antara ciri – ciri LAN ialah sambungan rangkaian LAN tidak melebihi 100 buah komputer. LAN juga selalunya mempunyai kurang dari 2 km. selain daripada itu, LAN digunakan untuk sistem rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Komputer disambung kepada pusat dalam rangkaian iaitu suis atau hub. LAN boleh menghantar data pada kelajuan yang tinggi iaitu 10 mbps, 100 mbps atau 1000 mbps. LAN juga menggunakan medium penghantaran sata seperti kabel pasangan terpilih atau berpintal, gentian optic, talian telefon atau cahaya inframerah serta isyarat radio. LAN juga menggunakan topologi bintang, cincin dan juga bas. Senibina rangkaian LAN kebiasaannya adalah jenis pelayan/pelanggan.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
MAN lazimnya mliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar – bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.
Antara ciri – ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gebtian optic) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN)
WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya sebagai contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan sebagainya. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dan berkomunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet. Ia juga menyediakan penghantaran data, suara, imej, video untuk jarak jauh melalui kawasan geografi yang luas meliputi Negara, benua atau seluruh dunia. Rangkaian WAN memerlukan gabungan talian telefon, mikrogelombang, satelit dan media penghantaran lain. Komputer dalam WAN biasanya dihubungkan melalui rangkaian awam.
Antara ciri – ciri WAN ialah sambungan rangkaian WAN merangkumi rangkaian LAN dan gabungan MAN. WAN menggunakan media penghantaran gentian optkc, satelit, gelombang radio dan sebagainya serta meliputi antara benua dan seluruh dunia. 
  
 Perbezaan antara ketiga – tiga jenis rangkaian komputer
LAN
MAN
WAN
Rangkaian jenis ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus.
Rangkaian jenis ini lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengn rangkaian yang diliputi oleh LAN.
Rangkaian jinis ini menghubungkan suatu kawasan yang luas dari segi geografinya,sebagai contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan sebagainya hanya beberapa minit sahaja.
Bilangan komputer yang dirangkaikan adalah sedikit jika dibandingkan dengan MAN.
Bilangan komputer yang dirangkaikan adalah lebih banyak berbanding dengan rangkaian LAN.
Ia disambungkan dengan beberapa medium, antaranya ialah isyarat satelit dan kabel fiber optik.
Menghubungkan sebilangan computer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus university, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkn dengnkcomputer kerangka utama atau minikomputer dengan menggunakan kabel twister pair.
Menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan yang menggunakan kabel fiber optik.
Pengguna tidak perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon dalam berkomunikasi merentasi sempadan. Namun begitu, rangkaian ini agak rumit dan kompleks.

Topologi Rangkaian

TOPOLOGI RANGKAIAN

NAMA
KETERANGAN
KELEBIHAN
GAMBARAJAH
1
1.       Setiap komputer mempunyai sambungan terus dengan komputer yang lain.
2.       Formula bilangan sambungan yang diperlukan ialah n(n-1)/2 dengan n sebagai bilangan komputer yang hendak dirangkaikan.
Kebaikan:
1.       Kerosakan satu kompter tidak akan menjejaskan rangkaian.
Keburukan:
1.       Kos tinggi – banyak kabel diperlukan.
2.       Perlukan ruang yang banyak untuk kabel.
3.       Proses pendawaian yang kompleks – jumlah kabel yang besar.

2
1.       Mempunyai sebuah komputer atau nod pusat (hos). Komputer –komputer laindirangkaikan kepadanya.
2.       Semua komunikasi antara komputer mesti melalui komputer hos.
3.       Biasanya komputer lainakan berkongsi pangkalan data dengan komputer hos.
Kebaikan:
1.       Kerosakan komputer (selain daripada komputer hos) tidak menjejaskan rangkaian.
Keburukan:
1.       Apabila komputer hos rosak semua komputerakan terjejas.

3
1.       Variasi kepada topologi star.
2.       Sebagai contoh, katakan ada 3 rangakain star, ketiga2 rangkaian star ini dirangkaikan kepada satuhub utama dengan sabungan hub to hub.
3.       Hub utama boleh mengandungi repeater.
Kebaikan:
1.       Lebih banyak komputer boleh dirangkaiankan.
2.       Lebih besar (luas) rangkaian bleh dibina dengan adanya repeaterpada hub utama.
3.       Boleh memberi keutamaan (prority) kepada komputer yang dirangkaian kepada mana-mana hub lainselain hub utama.

4
1.       Setiap stesen kerja dan perisian yang laindihubungkan kepada satu kabel tunggal dipanggil bas rangkaian.
2.       Setiap stesen mempunyai antaramukanya sendiri yang mengandungi perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk capaian kepada rangkaian.
3.       Setiap stesen diberi alamat khas dan dipanggil sebagai nod.
4.       Talian cuma boleh mengendalikan satu mesej sahaja dalam satu masa. Ia dihebah kepada semua nod dalam rangkaian tetapi hanya nod penerima yang boleh menerima mesej
Kebaikan:
1.       Rangkaian termudah dan senang dikendalikan
2.       Lebih sesuai digunakan jika setiap peranti berada dekat antara satu sama lain

5
1.       Tersiri daripada beberapa komputer yang berpaut secara bersiri sesame sendiri.
2.       Semua komputer setaraf dan tiada komputer hos.
3.       Menggunakan proses yang dirujuk sebagaitoken laluan untuk mengawal lalulintas dalam satu rangkaian.
Keburukan
1.       Rangkaian akan terjejas sekiranya satu komputer mengalami kerosakan.

Kebaikan menggunakan rangkaian

Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

Berkongsi peranti – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem,
pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.

Berkongsi Perisian – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang
dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang
lain.

Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkanpemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang
lain.

Definisi rangkaian

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.