Monday, October 13, 2014

Topologi Rangkaian

TOPOLOGI RANGKAIAN

NAMA
KETERANGAN
KELEBIHAN
GAMBARAJAH
1
1.       Setiap komputer mempunyai sambungan terus dengan komputer yang lain.
2.       Formula bilangan sambungan yang diperlukan ialah n(n-1)/2 dengan n sebagai bilangan komputer yang hendak dirangkaikan.
Kebaikan:
1.       Kerosakan satu kompter tidak akan menjejaskan rangkaian.
Keburukan:
1.       Kos tinggi – banyak kabel diperlukan.
2.       Perlukan ruang yang banyak untuk kabel.
3.       Proses pendawaian yang kompleks – jumlah kabel yang besar.

2
1.       Mempunyai sebuah komputer atau nod pusat (hos). Komputer –komputer laindirangkaikan kepadanya.
2.       Semua komunikasi antara komputer mesti melalui komputer hos.
3.       Biasanya komputer lainakan berkongsi pangkalan data dengan komputer hos.
Kebaikan:
1.       Kerosakan komputer (selain daripada komputer hos) tidak menjejaskan rangkaian.
Keburukan:
1.       Apabila komputer hos rosak semua komputerakan terjejas.

3
1.       Variasi kepada topologi star.
2.       Sebagai contoh, katakan ada 3 rangakain star, ketiga2 rangkaian star ini dirangkaikan kepada satuhub utama dengan sabungan hub to hub.
3.       Hub utama boleh mengandungi repeater.
Kebaikan:
1.       Lebih banyak komputer boleh dirangkaiankan.
2.       Lebih besar (luas) rangkaian bleh dibina dengan adanya repeaterpada hub utama.
3.       Boleh memberi keutamaan (prority) kepada komputer yang dirangkaian kepada mana-mana hub lainselain hub utama.

4
1.       Setiap stesen kerja dan perisian yang laindihubungkan kepada satu kabel tunggal dipanggil bas rangkaian.
2.       Setiap stesen mempunyai antaramukanya sendiri yang mengandungi perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk capaian kepada rangkaian.
3.       Setiap stesen diberi alamat khas dan dipanggil sebagai nod.
4.       Talian cuma boleh mengendalikan satu mesej sahaja dalam satu masa. Ia dihebah kepada semua nod dalam rangkaian tetapi hanya nod penerima yang boleh menerima mesej
Kebaikan:
1.       Rangkaian termudah dan senang dikendalikan
2.       Lebih sesuai digunakan jika setiap peranti berada dekat antara satu sama lain

5
1.       Tersiri daripada beberapa komputer yang berpaut secara bersiri sesame sendiri.
2.       Semua komputer setaraf dan tiada komputer hos.
3.       Menggunakan proses yang dirujuk sebagaitoken laluan untuk mengawal lalulintas dalam satu rangkaian.
Keburukan
1.       Rangkaian akan terjejas sekiranya satu komputer mengalami kerosakan.

No comments:

Post a Comment